Sunday 5 September 2010

Bila Hati Ini Mahu Berbicara

Assalamualaikum warahmatullah...
Rasanya sudah beberapa ketika saya tidak menulis..
dan hari ini saya rasa saya ingin menulis secara formal..
so...janganlah anda2 terkejut kerana saya menulis secara formal...tidak seperti kebiasaannya...
dan juga seratus peratus di dalam bahasa Melayu...Insyallah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah Azawajalla kerana limpah dan kurnianya, pada saat ini dan ketika ini, kita masih mampu untuk mengecap udara-udara yang diberikan-Nya kepada kita di dunia ini. Pada saat saya menulis, kita sedang menyambut Ramadhan pada hari ke 26. Bermakna tinggal beberapa hari lagi untuk kita menanti ketibaan bulan Syawal.

Hati ini terdetik untuk menulis, bukan kerana nama, tetapi kerana ada sesuatu yang sering menggangu fikiran ini. Sikap ataupun mentaliti rakyat ataupun khususnya umat Islam Melayu di Malaysia ini. Hati ini cukup sedih, tatkala Ramadhan ini bakal meninggalkan kita. Saya tahu saya bukanlah sempurna. Kemungkinan saya tidaklah seratus peratus meningkatkan amalan ibadah saya di bulan mulia ini, tetapi yang pasti hati ini terdetik rasa gembira bila datangnya Ramadhan al-Mubarak. Kemanisan berada di bulan Ramadhan dapat saya rasai. Dan ianya sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dari segi suasananya bagi diri ini. Tiada yang berubah.

Alhamdulillah.Sudah 26 hari kita berpuasa.Pejam celik pejam celik, Ramadhan bakal men8nggalkan kita. Hati ini berasa sedikit sedih tatkala melihat ada umat Islam yang seolah-olah menyambut kepemergian Ramadhan. Saya bukanlah berniat menentang golongan-golongan ini tetapi saya cuma berniat membetulkan balik persepsi masyarakat islam khususnya bangsa Melayu ini. Saya perhatikan, tidak sampai kita berpuasa 10 hari, sudah kedengaran lagu-lagu hari raya dipasang. Apakah ini?Adakah kita memikirkan Syawal ketika Ramadhan masih lagi di awalnya.Itu senario di awal-awal bulan Ramadhan, tidak usahlah para pembaca menanyakan saya bagaimana senario ketika dan saat ini, pada ketika kita berpuasa selama 26 hari. Sudah tentu, dan saya pasti, lagu-lagu raya sudah dimainkan dengan hebatnya di corong-corong radio.Bukanlah saya menentang, tetapi saya lebih suka membandingkan senario hari ini dengan senario pada zaman para sahabat. Para sahabat cukup seronok bila tiba bulan Ramadhan.Ramadahan bagi mereka adalah bulan 'pesta' ibadat. Pelbagai amalan-amalan sunat ditingkatkan. Dan pada pengakhiran Ramadhan, mereka menangis.Bukan kerana ingin menyambut kedatangan Syawal tetapi menangis kerana Ramadhan berada di penghujungya, dan mereka bermohon kepada Allah Azawajalla supaya dipertemukan lagi bulan Ramadhan. Berbalik kepada situasi kita sekarang, usahkan kata kita menangis kerana pemergian Ramadahan, bahkan kita seolah-olah mengalu-alukan perginya bulan ini. Mana tidaknya, baru 10 hari berpuasa, dah pasang lagu-lagu bertemakan 1 Syawal.

Untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan, contoh yang mudah difahami adalah cuba kita membayangkan situasi A dan B. Si A adalah bos dalam 1 syarikat. Si A akan bersara pada beberapa bulan akan datang. Dan calon untuk mengantikan A adalah B. Usahkan kata 1 bulan sebelum bersara, 2 bulan sebelum si A bersara, sudah ada usaha-usaha mengempenkan B sebagai bos. Cuba kita bayangkan perasaan si A. Mungkin dia merasakan bahawa pekerja-pekerjanya seolah-olah menantikan saat dia bersara. Konteksnya sama seperti Ramadhan dan Syawal.

Sememangnya Allah mengurniakan umat islam dua hari kemenangan, iaitu Aidilfitr dan Aidiladha. Saya lebih suka menyentuh konteks Aidilfitr kerana ramai antara kita sudah sedikit menyimpang. Aidilftr bukanlah hari kita berpesta berlebih-lebihan dengan konsert-konsert nyanyian di kaca televisyen dan sebagainya. Aidilftr adalah hari kemenangan yang Allah bagi pada umat Islam setelah sebulan berjaya menahan/melawan nafsu. Sepatutnya, hari itu kita bertasbih memuji Allah, bukannya berhibur secara berlebih-lebihan. Adat-adat yang baik seperti kunjung-mengunjung/ziarah-menziarahi haruslah dikekalkan, tetapi yang kurang elok haruslah kita buang.

Yang baik datangnya dari Allah
Yang kurang baik datangnya dari kelamahan diri ini

sekian, Assalamualaikumwarahmatullah...

Renung-renungkanlah....


2 comments:

  1. aq stuju ngan mu kuwe.....bhkn dlm klas ak ad yg sblum pose lg bkak lgu rayo....ak rase plik bkpo mnsio2 loni nk sngt rayo???mksud ak scaro lbih2...ak ckup ala kdr dh la.....

    ReplyDelete