Skuad Malaysia pada awal 2000
Setelah berbelas2 tahun peminat menunggu, akhirnya pada tahun 2010 sejarah dicipta. Setelah dikritik oleh peminat tempatan akibat polisi jurulatih K.Rajagopal yang mengambil majoriti pemain2 muda negara dan 'menyisihkan' pemain2 senior. Pada perlawanan pertama, skuad harimau muda tampak goyah apabila dibaham Garuda(Indonesia) 5-1. Namun, pada perlawanan seterusnya, Rajagopal terus mencrak strategi dan tidak menoleh belakang sehinggalah skuad muda negara mampu ke perlawanan akhir setelah gagal dalam edisi2 sebelumnya dan mara kali pertama sejak melakukannya pada 1996(yang ketika itu dibarisi pemain2 veteran seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dsb.). Safiq Rahim mengetuai cabaran negara dan pemain muda yang bermain untuk Selangor itu bersama rakan2 berjuang berhabis-habisan hingga mampu menebus kekecewaan kalah pada Indonesia pada perlawanan pertama dengan 3 jaringan tanpa bolos. Pujian juga harus diberikan kepada anak jati dari Kelantan, iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang tangkas menjaga gawang.
Harimau Muda 2010
Khairul Fahmi(kiri) dan Safee Sali(kanan)
Pada kejohanan ini, selain daripada menjadi negara ke-4 memenangi kejohanan rantau Asia Tenggara ini, lebih manis Safee Sali dinobat sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Apa yang telah dibuktikan oleh anak2 muda ini adalah semangat yang kental dan semangat berpasukan adalah kunci kejayaan. Dari gawang yang dijaga oleh Khairul Fahmi, barisan pertahanan yang dikawal kemas oleh Fadhli Shas dan Muslim Ahmad dan juga Sabre Abu, Mahalli Jasuli dan Asraruddin, barisan midfield yang dikawal Safiq Rahim, Amar Rohidan, sayap yang berkesan; S.Kunalan,Amirulhadi, Ashaari Samsuddin dan paling penting penggempur yang berkesan;Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.
Setelah mememenangi emas di sukan SEA pada 2009, tahun 2010 sejarah terus dilakar dengan menjuarai Piala AFF walaupun deselubungi kontroversi dan provokasi dari pihak media dan peminat dari Indnesia,Malaysia gagah sebagai harimau yang kental. Rantau ASEAN sudah ditawan, kini tiba pula untuk mengaum seperti mana yang telah dilakukan pada zaman Mokhtar Dahari(supermokh),Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan seumpamanya. Tiba masanya kita menjadikan negara gah berdiri sebaris dengan Korea Selatan seperti yang kita lakukan pada 80-an dahulu. Misi seterusnya, melayakkan diri secara MERIT di kejohanan Piala Asia 2015. TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!