Sunday, 13 November 2011

Kesempatan yang bermanfaat.

Assalamualaikumwarahmatullah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan rahmatnya kepada sekalian hamba untuk terus berdiri meneruskan sisa-sisa kehidupan di muka bumiNya ini. Sudah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk menulis di sini, mungkin disebabkan kesuntukan masa, kesibukan pengajian dan juga kemalasan melanda diri untuk menulis. Mungkin malam ini, hati saya terbuka untuk menulis, ingin berkongsi sedikit sebanyak perjalanan hidup yang telah saya alami. 


Alhamdulillah, pada malam tadi saya telah diberikan kesempatan untuk bersama-sama di dalam satu kuliah ilmu oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Qadariah(seingat saya) di Gombak. Hati ini tergerak untuk bersama-sama menadah ilmu setelah dijemput oleh salah seorang sahabat saya. "Apa salahnya untuk aku pergi. Bukan selalu. Lagipun malam ni aku free."bisik hati ini. Dengan menaiki kenderaan sahabat ini, kami berdua menuju ke Gombak. Alhamdulillah, kami sempat sampai pada waktunya dan setelah kami selesai berjemaah solat Maghrib, kami teruskan dengan mendengar kuliah. 

Aura Ustaz Azhar Idrus
Dalam perjalanan kami menuju masjid, ketika kami hampir sampai di kawasan masjid, jalan sesak kerana banyak kereta menghala ke destinasi yang sama seperti kami. Kata seorang sahabat," Hebat aura Ustaz Azhar. Ramai yang nak datang nie." Saya dan lain-lain tersenyum sahaja. Benarlah, ramai yang hadir pada sesi kuliah itu. Seingat saya, belum pernah saya berkesempatan berada di dalam satu majlis yang ramai dihadiri sehingga memenuhi segenap ruang masjid. Jadi, kami terpaksa berada di tingkat atas masjid dan hanya melihat dari layar skrin sahaja.











. 














Ustaz Azhar Idrus
Saya sudah lama mengenali insan yang semakin popular dalam kalangan remaja ketika ini. Mengenali disini bukanlah bermaksud saya mengenalinya secara berhadapan, tetapi mengenali disini bermaksud mendengar siri-siri kuliah beliau. Ketika itu beliau belum lagi dikenali ramai. Tetapi hanya dikenali di East Coast Region(kawasan pantai timur). Seingat saya, saya mula mengikuti siri kuliah beliau pada 2007, dan ketika itu saya berumur 16 tahun dan menuntut di Tingkatan 4. Sebagai seorang remaja belasan tahun, yang ketika itu saya mula berjinak dalam kuliah-kuliah ilmu, dan saya amat pasti kebanyakan remaja inginkan satu kuliah agama yang 'tidak mengantuk'. Biasanya Ustaz-ustaz yang kelakar menarik perhatian mereka. Saya fikir itulah kelebihan Ustaz Azhar dan beliau cukup sinonim dengan kuliahnya yang mampu menarik perhatian orang ramai dengan 'lawaknya' namun pengisian kuliah bukanlah kosong, padat dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Tidak hairanlah jika ramai anak muda mengenali insan ini. Ketika saya dalam perjalanan pulang setelah usai kuliah, dari Gombak menuju kembali ke Kuala Lumpur, seorang sahabat kami menceritakan betapa sudah lama dia ingin bersalaman dengan Ustaz dan alhamdulillah, malam itu doanya dimakbulkan. Peristiwa itu membuatkan saya berfikir. Kalaulah orang-orang muda menjadikan orang yang seharusnya dicontohi akhlak dan perbuatannya bukankah lebih baik. Dan tiadalah sebaik-baik ikutan melainkan Rasulullah SAW. Satu ketika pernah saya terfikir, jika kita mengagumi para ulama yang berada di hadapan mata kita ini kerana akhlaknya, ilmunya dan pekertinya yang begitu elok, saya terbayangkan jika Rasulullah berada di hadapan saya. Subhanallah, mungkin tiada kata-kata yang mampu terungkap di bibir ini apabila melihat baginda SAW. Jika orang yang mengikuti jejak-jejak baginda sudah mempamerkan satu pekerti yang baik di kalangan manusia, apatah lagi baginda SAW. Terfikir saya seketika, saya berhasrat ingin bersalaman dengan 2 orang tokoh yang amat saya kagumi. Inshallah jika diizinkan satu hari nanti.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

TG Nik Abdul Aziz dan Dr MAZA








Saya mula mengenali Dr Mohd Asri beberapa tahun terdekat ini. Beliau bagi saya adalah tokoh dalam gerakan tajdid. Saya cukup mengagumi 'keintelektualan' beliau dalam mensyarahkan beberapa bab yang belum pernah saya dengar. Keluasan fiqh amatlah beliau tekankan dalam syarahan beliau. Keluasan dalam mazhab memberikan saya beberapa fahaman tentang keluasan dalam Islam. Masih saya ingat kata-kata beliau, Islam itu luas dan janganlah disempitkan ia dengan kefanatikan dalam bermazhab. Katanya lagi, islam itu mudah namun jangalah pula ia dipermudah-mudahkan sehingga melanggari syara'. Kerana itu saya mula mengenali nama-nama tokoh besar dalam dunia islam seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sheikh Albani dan ramai lagi. Kandungan 'intelek' dalam syarahan beliau amat menarik perhatian saya. Tidak lupa, saya juga memahami bagaimana ingin memahami sesuatu hadith, dari segi perawinya, dari segi konteksnya dan hadith-hadith yang hasan, sahih, daif dan seumpamanya. Inshallah, mudah-mudahan satu hari nanti Allah memberi keizinan dan kesempatan untuk bertemu kedua-dua tokoh ini dalam majlis ilmu secara langsung. Inshallah.

Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.

Frasa ini begitu menarik perhatian saya. Benar, ilmu amat penting dalam kehidupan insan. Orang yang miskin tetapi kaya dengan ilmu akan dihormati oleh masyarakat. Disebabkan itu, Rasulullah SAW menitikberatkan ilmu kepada umatnya. Jika disingkapi sejarah sahabat-sahabat baginda Radiallahu anhum, ramai apabila menerima cahaya Islam dan menadah ilmu secara 'live' dari Baginda SAW, berubah dari kejahilan kepada cahaya islam dan keluasan ilmu, dan menjadi orang-orang yang begitu hebat dan telah mengubah sejarah peradaban manusia. Saya teringat kata-kata dari Dr Abdul Basit Abdul Rahman, mudir Pondok Sungai Durian yang berhampiran dengan kampung halaman saya. Kata beliau, jadilah orang yang senantiasa merasa tidak cukup dengan ilmu yang ada. Inshallah, jika diberikan kesempatan, ayuh sama-sama kita mencari gali ilmu untuk bekalan kita di akhirat kelak. Inshallah, moga-moga kesudahan yang baik untuk kita semua. 




p/s: Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan, inshallah doakan yang terbaik untuk kita semua. Thanks to Syed Abdul Hadi for the ride to Gombak.


Kamaruddin Kairuu,

13/11/2011 (1.36 am)

Monday, 29 August 2011

Merdeka:Aidilfitr

Assalamualaikumwarahmatullah...(peace be upon You)

Alhamdulillah. I am still been give the chances to breathe the air. It had been for few months since my last update on this blog. Due to time constraint and other commitments, I thought it was better to give it a break for a while.
Alhamdulillah, as a Muslim, it has been 29 days for the Muslim to fast in the holy month of Ramadan. Ramadan has entering its last stage. Quite sad though it will leaves us quite soon. The month which is full of blessings and forgiveness from Allah to His Believers.


As for the Malaysians, in this month of August, we will be celebrating two big events. Hari Raya Aidilfitiri(eid-fitri) and also Malaysia's 54th  Independence day. What I would like to highlight here is both events hold similarities to some extent. Raya means freedom. So as Merdeka holds the same meaning. Both are about freedom but it is in different context. Muslims celebrate eid fitri as a symbols of freedom and victory after fasting for a month. Ramadan is not only about fasting. It about changing the behaviour of a Muslim itself, from bad to good. Muslims have to fast from dawn until the dusk comes. In this month, there is a special prayer. It is called taraweeh. A prayer which only appears in the holy month of Ramadan. Prophet S.A.W. during this holy month had performed the solah(prayer) and there were many hadith(traditions) with regards to this prayer. What had came into my mind was how we perceived the Ramadan, compared to Prophet and the companions. Usually, it will be great welcome in the first few days of Ramadan, however it is not at the end of it. Compared to the sahabah(companions of the prophet), they also welcomed Ramadan greatly. But the different compared to us is when they were in the last few days of Ramadan. They were sad as this month will leave them soon. Even some of them made dua' to Allah, asked for forgiveness and may them meet Ramadan in the next coming years. It is different from the context that we have today. Muslims, in Malaysia, many of us seems to be happy for the coming of Syawal(the month of eid) rather than sad as Ramadan will leaves soon. This can be seen even at the middle of Ramadan, the songs of Eid are already being played in the radio or everywhere. As if we are too eager to welcome the Eid. Masyallah. May all of us realise what is currently happen to us. We may not know whether in the next coming years, we are still been given the same chances to fast in the holy month of Ramadan. Probably, and who know this might be the last year for us to celebrate Ramadan. We never know and Allah knows the best. 

Dear readers,

Lets us reflect on ourselves for a while. How much goodness had we done? Not only in this month but for the whole of our life. May Allah gives us His blessing and gives us the light(hidayah). Lets us reflect, did we really Merdeka(free) in our life? The answer is in your head. 

I would like to wish all the Muslims in the entire world Happy Eid Fitri, let us praise Allah for His blessings in this victorious day for us. And to all the Malaysians, happy Independence day for the 54th years. 



kamaruddin kairuu,
0702
29/8/2011

Wednesday, 18 May 2011

Sebatang Pena

~pena untuk menulis~



Sebatang pena biasa,
Berdakwat hitam milik seseorang,
Sebatang pena biasa,
untuk ditulis daripadanya,
Sebatang pena biasa,
menjadi peneman setia dikala waktu kuliah,
Sebatang pena biasa,
menjadi peneman setia dikala waktu peperiksaan.

Hanyalah sebatang pena biasa.



Kamaruddin Kairuu,
1.07 a.m.
18/5/2011   Kuala Lumpur

Sunday, 15 May 2011

Welcome to the family, girl!



Sleepy girl

Cute isn't it?

"my grandchild..."he says.

As- salamualaikum warahmatullah
Peace be Upon You...


I guess all of you might wondering who is this little girl...

Well, let me introduce you to my new-born niece(actually not a new born, she had born on the past few months ago)

Luckily, I met her during my holidays(it could not be considered as holiday as most of the days in that week that I had at my home was when I had to do my SCHOOL BASED EXPERIENCE at School)

Actually, the day when she is brought to this world, I was on my way back to KL.:(

Poor girl, Uncle had to wait another month to meet you.

However, All praise to Allah, I had met this little girl.

Her parents named her, Nur Farisha dot dot and dot.
*sorry for not remembering her long name,hehe*
well in short Farisha...

These are few of the photos that I apparently had.

Inshallah more will come soon...
See ya Later...


and GOOD LUCK IN EXAMINATION TO ALL MY FRIENDS...

p/s: In study mood...:)and also IMSOMNIA mood...O Lord I could not sleep tonight...


Kamaruddin Kairuu
15-5-2011
0410

Saturday, 9 April 2011

Realiti bukan sekadar fantasi

Assalamualaikumwarahmatullah(peace be unto u)

Alhamdulillah(all praises to Allah)..
It have been quite a period since I wrote my last entry...
there's a lot of things that I wanted to share..
unfortunately because of time constrained and a lot of work to be done,
I rather chose to hold it for a while...
All praise to Almighty Allah...Things went smoothly in my life...

Dear readers,
as you read above, in Malay of course,"realiti bukan sekadar fantasi",
or "A reality, not an illusion"...
I think this is a really a nice thing to be shared to...Inshallah..
For a couple of weeks before, and in fact today of course,
i went to do the surveys for the zakat, alongside with my few friends...
Subhanallah...what I could say is, beside it was actually tiring, but more important and valuable for me was the experiences that I had...
We went to several houses that received the zakat from Lembaga Zakat Selangor...
and we heard the hardship of its receivers..

Could you just imagine that a man have to support his wife and 4 kids with just RM 400++ a month..
I really respect him for being so strong and keep working hard to feed his family...
and it did realised me how lucky I am..
not all the Malaysians and to be exact the muslims in this country are lucky..
POVERTY is still overwhelming this country...
where did all the moneys go???
"The hand that on top is better than the hand on below"
Now, with the rising of Oil prices, in fact all the groceries prices also automatically be increased,
how could these people(the poor) will survive??
and I was still remembered a man,
he said, if he is still able to see(because he have eyes problem), he is willing to work rather than receive zakat(the alms)..
and...he also said..he wants to be the the one who gives, not the one who receives.
but  he could not due to illness,he had to...(receive alms..)

Honestly,
when me myself heard their stories...
it did open my eyes and mind.
how lucky I am..
how hard their life are...
Alhamdulillah...thanks to Allah for giving me such opportunity..
which I think it hard to seek..
O Allah, may You gives them strength,
to keep patience in facing the challenges..amin..

KamaKairuu
10.12
9/4/2011

Tuesday, 15 March 2011

B.I.G

Assalamualaikumwarahmatullah(peace be upon you)..

Alhamdulillah(all praise to Allah) for his mercy and blessing, i am still breathing,
having every inch of the air and live my life to the fullest...
Alhamdulillah...
Last week, on 8-11 of March, i was attending the B.I.G...
BIG????what the heck is that??
BIG stands for BINA INSAN GURU...
in shorts, its like camping with a lot of activities that build the confidence amongst the teacher trainees..
LIKE ME!!!...hahahaha...
To be honest(dont tell this to others...please3)hahaa
BIG was nothing new to me...
because I went through all the activities when I was having my RS(recreational sports)..
yup..however..BIG was still a bunch of good memories for me..
and of course it turn this white(white??)...err...Light(light???)..
ok la..this skin became darker....(tula sapa suruh ang x pakai sunblock)...
(saje je nak tuunjuk terer x nak pakai sunblock..bajet askar la...)
Here are the photos when the BIG took place..enjoy...

before went to PD..

I'm doing my work la Mr Azizi...
Nie depa dok kalut tgok tapak kaki ang tuah

Kamaruddin Kairuu and his fire..

seriously i dont want to hike anymore..
Jangan cakap ak x buat keje..hangus muka ak
sbb nak idupkan api
Mr Sardines
Syamee Shu and Ammar Sidqi
PISMP TESL (R) 1.4 & 1.5
B.I.G SIRI 4/2011

Kamaruddin Kairuu(Mohd Khairul Ikhwan)
15/3/2011
1921

Saturday, 26 February 2011

Happy Birthday to you...

As salamu alaikum(peace be unto you)...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah azawajalla..
kerana masih diberikan peluang dan ruang bagi diri ini...
untuk terus berdiri dan terus mengingati diri sendiri mahupun teman2 diluar sana..
supaya terus berpaut pada tali Allah ini...pada jalan "ihdinassiratalmustaqim"...
dan terus berjuang dalam dakwah ini, walaupun hanya sekadar tulisan..
niat ku atau niat "ana" bukanlah bermaksud untuk sekadar menulis idea2 kosong,
tetapi deep inside this heart, i hope akan ada mata2 yang tertutup,especially mata hatinya,
akan terbuka dan harapan ana supaya mata2 inilah yang akan membela ana dikala mata ana ditutup selama2nya kelak...Allahualam..pengetahuan ana terhad,namun ana harap apa yg ingin dikongsi,
memberi manfaat kepada semua...Inshallah..

Once upon a time in January

a week before everything began
assalamualaikum...
dear readers,,
there is nothing to share much..
as now there are millions of things playing in my mind..
assgnments, works and other pressures...
well..i guess its part and puzzles of a student..

i just want to share with u somethg that i couldnt 4get in my life..
it was the most toughest week for me..

Wednesday, 16 February 2011

Bila Malikil Maut Menjemputku

As salam alaikum warahmatullah...


Alhamdulillah...syukur pada Allah azawajalla..kerana kita still diberikan kenikmatan, diberikan oksigen utk bernafas, still diberikan kaki dan tangan utk bergerak...Subhanallah..Allah tidak menarik lagi nikmat2 ini...Alhamdulillah...


Ak terfikir utk menulis something yang maybe org laen x pernah(atau pernah) terfikir tentangnya...
that is MAUT!
Ak x tahu kenapa ak memilih utk membincangkan topik ini..
maybe kerana 2,3 hari ini ak memikirkan tentang maut...
dan ak x tahu kenapa...
ak tahu ak x perfect...tapi niat ak hanyalah sekadar berkongsi dan menyebarkan apa yang ak rasa..
sbb mungkin hari ini ramai yang leka...esok lusa kita x taw camna...


Maut...
apa yang korng fikirkan apabila dilontarkan perkataan ini kepada korg..?
Takut? sedih? gembira?
Allahualam...
dapatkan kita berfikir bagaimana nasib kita ketika kita bertemu Allah..?
dapatkah kita memikirkan bagaimanakah layanan yang diberikan sewaktu di alam barzakh...?
Allah...
xlayaknya ak untuk berada di syurga Allah,
yet ak takut apabila memikirkan neraka Allah...


Ak berfikir bagaimanakah nasibku di barzakh...?
ya Allah...ak bukanlah hambamu yang terbaik...
ak still memikirkan betapa ak x contribute somethg big for Allah..
dan ak takut dan sedih...
memikirkan untuk berjumpa Allah azawajalla dalam keadaan yang 'tempang'..
tapi demi Allah...
Ak mencintai Nya dan juga RasulNya...
dan ak berharap tidak kau tarik nyawaku selagi ak x berjuang di jalan mu...
syahid itu cita2ku..
keredhaanmu adalah matlamatku..Ya robbal alamin...


So keep berdoa agar Allah merahmati segala2nya..
So keep berdoa agar Dia meredhai kita..
Allah...
ak bnyk dosa...
tapi ak menghrpkan keampunan dariMu..


So kwn2 ku sekalian...
hidup ini x lama...
Tiada yang kekal melainkan Allah..
kembalilah ke pangkal jalan..
renungilah sejenak...
apa yang akan berlaku..Jika kita dipanggil menghadap Allah..
ak x perfect,tapi ak amat berharap tulisan ini mampu membuka mata2 yg tertutup..
agar mata2 itu membantuku sewaktu mataku ditutup kelak..
Ak hanya mengharapkan redha Allah..
dan semoga Allah memelihara kita semua..
Ingatlah...bahwasanya:-
Setiap yang bernyawa itu pasti menempuh MAUT..!




nukilan tiba2..,
Ibn Kamaruddin, a.k.a Khairul Ikhwan Kamaruddin

Saturday, 5 February 2011

Kita Terlalu Leka

Kita terlalu leka..
hakikat yang tidak dapat disembunyikan..
hidup kita terlalu mewah..
dan kita berpuas hati dengannya...

kita terlalu leka...
asalkan dapat mengisi perut..
memenuhi kehendak harian...
tempat tinggal yang selesa...
itu sudah mencukupi..
dan kita berpuas hati dengannya...

Thursday, 3 February 2011

Bila ak berfalsafah....

Tonight is rather boring...
so ak decide to do something..
because ak xleh tido...hahaha..
so ak pun telah mengutip balik dan mengumpulkan segala bnda yang telah ak tulis kat fb ak..
mcm kata2 hikmah la...falsafah gitu...cehwahh...dah macam perawi hadith..kah3...

So these are the things that I thought when I got bored:

Monday, 31 January 2011

A piece of mind...

as salam to all...


since few days ago, i'd decided to write on my one week of 'burdens' before a week of holidays...
but when I came back to my hometown, i've decide to write on the current issue that happened and I've decided to postpone my entry regarding the first one...
all in all..everything is fine here...

__________________________________________________________________________________

Sunday, 23 January 2011

Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara

Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARAProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?
Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.
Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.
Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.
Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

dipetik dari laman web Prof. Madya Dr Asri:

Thursday, 20 January 2011

Kamaruddin Kairuu???

As Salam to all my readers(peace be unto you)

First and foremost,
this is my first entry since the new year arrived.
hello...!It is 2011 already...LOL =P...
time passed by fastly...
it is already 2011 and I am going towards the new era...
the 20-years-old-age-era...hahahha
but still alhamdulillah(all praise to Allah) because until this day,
the day I write this...I still been given the chance by him to further my life because of His mercy...
Alhamdulillah....

Surely, a lot had happened last year.
A LOT!!!
Throughout the years, many thing had happened to me.
Some of them were good, yet some of the were not.
but honestly I thank Allah, for Him to give me to experience all this.
It did maturing me a lot, I guess.
I remembered somewhere in the last year I wrote my own quotation,haha
it went like this:
EXPERIENCE MATURING PEOPLE(MKI,2010)
LOL!!!It did felt like I was one of the philosophers..
but then experience does maturing the people.
sometimes we make mistakes and we learn from it.

Actually,
I don't know what to write anymore,
I guess 'I called it the day' for this entry..=)
so for you,my dear readers,
THANKS A LOT!!!
for read and support this blog.
It has been a year since it had been founded.
So for those who want to share your own opinion,
do comment this entry.
and if you have any suggestion to make,
please do so.=)
until then......


M.K.I(Thu,0828)

Friday, 31 December 2010

Era baru Bolasepak Malaysia...

Dikala ketika ini rakyat Malaysia masih meraikan kejayaan skuad bolasepak Malaysia yang menjuarai Piala AFF-Suzuki 2010 buat kali pertama setelah 14 tahun mencuba nasib. Dan paling hampir memenanginya adalah pada 1996, itupun skuad negara kalah kepada Thailand di final. Peminat bola sepak di Malaysia pastinya menanti-nantikan detik dan saat bersejarah ini. Manakan tidaknya, sudah hampir berbelas tahun bolasepak negara mengalami kemunduran dan kejatuhan yang teruk. Sejak isu rasuah pada 1994, bolasepak malaysia jatuh merudum walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk menggunakan khidmat jurulatih import. Antaranya adalah jurulatih bertaraf antarabangsa seperti Cloude Le Roy,Hatem Souisi, Allan Harris dan Bertalan Bicskei. Namun sepanjang dibawah tunjuk ajar mereka, tidak ada satupun antara mereka yang berjaya membawa Malaysia tahap yang membanggakan. Walaupun pada ketika itu tiada pencapaian yang membanggakan buat negara, namun di zaman inilah lahirnya pemain2 muda yang berkaliber seperti Akmal Rizal, Khalid Jamlus, Indra Putra Mahayuddin dan seantero dengannya.


Skuad Malaysia pada awal 2000

Setelah berbelas2 tahun peminat menunggu, akhirnya pada tahun 2010 sejarah dicipta. Setelah dikritik oleh peminat tempatan akibat polisi jurulatih K.Rajagopal yang mengambil majoriti pemain2 muda negara dan 'menyisihkan' pemain2 senior. Pada perlawanan pertama, skuad harimau muda tampak goyah apabila dibaham Garuda(Indonesia) 5-1. Namun, pada perlawanan seterusnya, Rajagopal terus mencrak strategi dan tidak menoleh belakang sehinggalah skuad muda negara mampu ke perlawanan akhir setelah gagal dalam edisi2 sebelumnya dan mara kali pertama sejak melakukannya pada 1996(yang ketika itu dibarisi pemain2 veteran seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dsb.). Safiq Rahim mengetuai cabaran negara dan pemain muda yang bermain untuk Selangor itu bersama rakan2 berjuang berhabis-habisan hingga mampu menebus kekecewaan kalah pada Indonesia pada perlawanan pertama dengan 3 jaringan tanpa bolos. Pujian juga harus diberikan kepada anak jati dari Kelantan, iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang tangkas menjaga gawang.

Harimau Muda 2010
Khairul Fahmi(kiri) dan Safee Sali(kanan)

Pada kejohanan ini, selain daripada menjadi negara ke-4 memenangi kejohanan rantau Asia Tenggara ini, lebih manis Safee Sali dinobat sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Apa yang telah dibuktikan oleh anak2 muda ini adalah semangat yang kental dan semangat berpasukan adalah kunci kejayaan. Dari gawang yang dijaga oleh Khairul Fahmi, barisan pertahanan yang dikawal kemas oleh Fadhli Shas dan Muslim Ahmad dan juga Sabre Abu, Mahalli Jasuli dan Asraruddin, barisan midfield yang dikawal Safiq Rahim, Amar Rohidan, sayap yang berkesan; S.Kunalan,Amirulhadi, Ashaari Samsuddin dan paling penting penggempur yang berkesan;Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

Setelah mememenangi emas di sukan SEA pada 2009, tahun 2010 sejarah terus dilakar dengan menjuarai Piala AFF walaupun deselubungi kontroversi dan provokasi dari pihak media dan peminat dari Indnesia,Malaysia gagah sebagai harimau yang kental. Rantau ASEAN sudah ditawan, kini tiba pula untuk mengaum seperti mana yang telah dilakukan pada zaman Mokhtar Dahari(supermokh),Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan seumpamanya. Tiba masanya kita menjadikan negara gah berdiri sebaris dengan Korea Selatan seperti yang kita lakukan pada 80-an dahulu. Misi seterusnya, melayakkan diri secara MERIT di kejohanan Piala Asia 2015. TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!


Friday, 24 December 2010

23/12/2010

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...still dipanjangkan umur oleh Allah...
dan ak still mampu berjalan,melihat,menghirup udara di muka bumi Allah ini...
Alhamdulillah...inilah rahmat Allah...

Pada hari ini...ak dan sahabatku,AJAM(a.k.a Shafiq Fauzan) ke rantau panjang,kelate...haha..
kami bersama2 Pok Qi dan Din(geng ak kat maktab)..saje2 je nak mencari baju2 especially jersi bola...
yang heran bin ajaib...jersi Malaysia sold out...haha..
pelik x pelik...laku jugak ek jersi Malaysia...
maybe skrg kan demam final Suzuki cup...haha
so kepada rakyat Malaysia...kalah ke menang ke...
sokonglah pasukan kebangsaan kita...^^

Oklah...perihal bagaimana dan apa yang berlaku along my day at rantau panjang,
i think that is not the thing I want to highlight the most...
ape yang ak nak highlightkan adalah ini...
this was the thing that I met with these two eyes...take a look..hhehehe^^


close view...

Pandangan dari jauh


so..my dear readers..
what are the first impressions as soon as you see these pictures?
Does it, it's a temple..it's like chinese cultural building..and etc.
but believe me or not...It is actually a mosque..
yes...it is!!!
HAHA>..
what i wanted to highlight is how beautiful islam is..
maybe pada pandangan masyarakat kita..
we are not actually exposed to other culture,
like the chinese in the Mainland of China..
they were receive islam first than us(the malay)...
inilah indahnya islam...Islam itu universal...
so pandangan kita pun perlu seharusnya terbuka(to some parts)..
dont ever say..Islam is for dot3 and dot3...okay...haha

Anyway, i really like the structural and the architecture of this building...
it really2 unique and amazing...
for me its better than the Crystal Mosque..
in terms of the money spent on it and also the other factor...
pembinaan masjid ini hanyalah beberapa juta sahaja(jika dibandingkan Masjid Kristal)..
dan yang paling penting bagi pembinaan masjid...
pengimarahannya adalah lebih penting..
bagi ak...tidak ada guna jika masjid dibina berjuta2 tetapi tidak diimarahkan..
lebih baek surau yang buruk tetapi makmum dan imam bersama2 melaksanakan rukun islam yang ke 2 sehingga surau yang buruk itu penuh di setiap saf...
tidak ada guna jika masjid dibina hanya untuk tarikan pelancong dan bermegah2...

So my dear readers...
di dalam hidup ini..
sebenarnya masih banyak perkara yang kita lalai...
kita lalai disebabkan kelemahan kita sendiri...
kita tidak nampak sesuatu kesalahan walaupun kesalahan itu sesuatu yang cukup2 besar...
jadi...mari lah kita sama2 ingat mengingati sesama kita...
watawa soubil haq,watawa soubis sobr(berpesan2lah kamu ke arah haq iaitu kebaikan dan berpesan2lah ke arah kesabaran)...

So for u who reads my blog,
u are invited to comment and share your ideas...
and maybe if u want to suggest a topic for me to discuss on...
please do so...Insyallah...I'll try my best...
till then...BArakallah hu feekum...!


Thursday, 23 December 2010

Perihal Tentang Jodoh

Assalamualaikum(Peace be unto you)...
to all fellow readers...
ntah kenapa...asyik bile tibe jer pepagi buta...
ak didatangi ilham untuk menulis...hahaha...
strange isn't it...

Okaylah...pada kali ini seperti anda2 semua tahu..
our topic today is.....
JODOH!!!....haha...
rata2 org bila disebut perihal jodoh mereka,pasti ada yang tersenyum...ha3
bila bercakap tentang jodoh...
bagi mereka2 yang dah berkahwin...
maybe mereka dah met the person that they will share their life until the very end of their life...
oklah...but for us(including me)...ha3...

Honestly. I really envy those who had married...
al maklumlah...sjak cuti nie asyik tgok org kahwin je...
Alhamdulillah...sahabat ak merangkap senior ak dah pun melaksanakan fitrah dan sunnah nabi ini...Alhamdulillah...moga kekal hingga ke akhir hayat...amin...
hahaha...ble ak tgok mereka...wah3..
ase ak plak yang tringin nak kawen cpat2...hhaha...
op3...study x abes lagi..so mak ak x bagi...
lagi satu...calon pon xde lagi...kah3...
tapi..seriously ak ckup2 seronok melihat org yang melaksanakan sunnah nabi nie...
bukankan perkahwinan itu ibarat mendirikan masjid...haha..
lagi 1...sebarang perhubungan dah konferm2 halal...
haha...

Bukankah Allah menciptakan lelaki menjadi pasangan kepada perempuan...
haha...dlm quran pon Allah Azawajalla byk menghighlightkan perihal terjadinya laki2 untuk perempuan...sbg contoh...surah An- Naba' ayat 8...

وَخَلَقۡنَـٰكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا (٨
dan kami jadikan kamu berpasang-pasangan....


so dear readers...
kalau nak cerita bab nie pon sampai ble2 x habis...
dan insyallah kita mencari perhubungan yang halal..
dan tiada yang halal melainkan melalui ikatan yang sah..
dan yang halal itu mendapat keredhaan Allah..Insyallah..
so dear readers...
think about it...
hidup di dunia is not forever...
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU...

dan ini doa kepada org2 yang baru kahwin yang diajar oleh Nabi SAW...ku tujukan khas pada mereka2 yang baru kahwin especially to Faiz Fahmi and Imran...Barakallahu feekum...


بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

Friday, 10 December 2010

Bila mata x mengantuk

Assalamualaikum(peace be upon you) semua!!!

sbnrnya agak lame jgak ak x mengupdatekan blog ak neh
haha...bkan ape...malas...and I don't have anything to write for...
biase lah...kdg2 x semua bnda kta perlu share...
certain things must be keep silent..privacy...hahaha!!
Denmo sa(tetapi ,but)..haha..try speaking nihon kejap...
byk bnda yang ak teringin nak share,but i don't know how to start it...
so malam nie disebabkan mataku belum mengantuk lagi...
so ak akn mengsharekan beberapa benda yang ak rase nak bawk readers semua to share my opinion and ur opinion...haha

OWKIES....nak cakap ape ek...
hmmm....oklah...buat first entry since 2 months ago(i guess)..
ak rase I want to share my EXPERIENCE!!!ahaha
mak aii..(oo mother)...sejak 2,3 minggu ak balik kat umah...
Masyallah....makan tido mandi semayang pastu tido balik...hahha
NO LIFE MAN!!!haha....
tapi...Alhamdulillah...Hidup ak makin tenang...
syukur sangat2...Sbb ak dah hilang sekali nikmat nie...
dan harap2 Allah x tarik nikmat nie...
ble dipikir2kan balik...semua yang berlaku ada hikmahnya...
dan dah 19 tahun ak hidup di muka bumi Allah nie...
19 tahun!!
tatkala ada diantara teman2ku,org2 disekeliling ak yang dah dijemput Allah...
sahabat ak...dah pergi meninggal kan dunia ini blan 3 yang lalu...
Moga Allah ampun kan segala dosa2 nya...
itulah hakikat yang hakiki...
mahu x mahu...
one day for sure..akan tiba giliran kita...
that satu kepastian...itu janji Allah...setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut...
so..my fellow readers...ak mengingatkan diri ak dan juga sahabat2 sekalian...
think for urself...hidup ini xlame...
so..PIKIRLA sendiri...
so...
for my readers...kalau2 korg rase nak share opinion...silakan
and kalau korng nak cadangkan 1 topik utk ak buat ulasan...silakan..
Insyallah yang mane ak mampu ulas akan ku ulas...haha...
so...Insyallah for the next entries akan ada artikel2 bermanfaat utk tatapan bersama...

Wallahualam....
p/s:sory for the language...I don't feel to write it in correct order...


Friday, 12 November 2010

The Story of a traveller


Bismillahirrahmanirrahim
(in the name of Allah,the most gracious and most merciful)

Assalamualaikumwarahmatullah(peace be upon you)

hi there...my fellow readers
it has been a while(oshashiburi in Japan)
hahaha...I have not updating this blog for about a month...
well, a lot of things had happened throughout that period of time...
it was...
today I want to share with you...something...
I don't know whether it is interesting to be read or not...
but one thing I am sure...
It was happened to me...YUP!!

Dear readers,
do we have ever think on our creator???
Do WE???
that was bear in my mind...
I was lost for a while...in the darkness...
which I saw no light at the end of it...
even I tried to...

Once...
I betrayed Him...
Even He put the signs in front of me...
I blinded by the sins...
I saw none...I saw none...
but then...something was happened...
that had changed me...Alhamdulillah...

I do believe now that even a single word can change people...
"Rise back..."that was what I heard someone...
that word inspired me a lot..
and I don't think it is a need for me to tell you what happened next...

So...My dear readers...
Back to Allah while there is times...
it is not too late to repent...
Back to Him...be close to Him...
that is my advice...
O Allah...I want to thank you..
For all the things that you've done,
in all my days I've been lost in darkness,
thanks for the light that you gave me,
thanks for the signs that you've shown me,
even I'd betrayed you once...
THANK YOU ALLAH FOR BRINGING ME HOME!!

that is all the story that i want to tell you
hope this story could inspire us all
to get closer to him
as time still approves us


!
ALHAMDULILLAH...






12/11/2010
2.54 A.M.

Wednesday, 6 October 2010

Life as a student

It has been a while..
since I wrote..I think it is almost a month..
think so..
well today i am writing again...
to write what I had and what I feel...
THROUGH MY EYES AND MY PERSPECTIVES...
well, its my blog..hahahaha..

Ok then...
For the last week..
I had a new experience..
being a director...
WOW!!hahaha
nice experience...
eventually it was for my assgnment based on the theme of conflict and resolution...
hahhaha...

We had made the video..
and I thought it was a good video...
I thought so..
So maybe if possible...
I will put it in my blog so my readers can watch it...
hopefully...haha...

It was super-fun
it was not easy to act...
yep.. it was...even my character was so simple...I thought..
but it is nice to be a boss...hahahaha...

BTW...I really hope that I can still write in the future..
there is a lot of things that I wanted to share with my readers...
Until then..bye2..