Sunday 27 November 2011

I am only a servant.

It is dark,
I heard the cricket's noise,
in the midst of darkness,
where people already having a sweet night dream.

My eyes still open wide,
accompanied by the crickets' song,
I wish that somehow I could be strong,
to prostrate to Allah the One and Only.
Still I was remembered,
how it was at this very moment,
usually the beloved prophet S.A.W,
in the midst of the darkness,
his legs stood still,
Prostrate to Allah,
as a sign of thankful to Him.

In this very moment,
I was thinking,
will there be a tomorrow for me,
as i wish it will be,
but,
it will not,
if it Allah's will.

A reminder to the mankind,
death is coming,
whether it soon or later,
portraying Allah's greatness,
the lives of His servants,
are on His will.

Mankind is nothing,
we are nothing,
so let us think,
where will we heading,
make a dua' if chances are still given,
asking forgiveness from the Creator.


Kamaruddin Kairuu
27/11/2011
2.50 a.m.

Sunday 13 November 2011

Kesempatan yang bermanfaat.

Assalamualaikumwarahmatullah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan rahmatnya kepada sekalian hamba untuk terus berdiri meneruskan sisa-sisa kehidupan di muka bumiNya ini. Sudah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk menulis di sini, mungkin disebabkan kesuntukan masa, kesibukan pengajian dan juga kemalasan melanda diri untuk menulis. Mungkin malam ini, hati saya terbuka untuk menulis, ingin berkongsi sedikit sebanyak perjalanan hidup yang telah saya alami. 


Alhamdulillah, pada malam tadi saya telah diberikan kesempatan untuk bersama-sama di dalam satu kuliah ilmu oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Qadariah(seingat saya) di Gombak. Hati ini tergerak untuk bersama-sama menadah ilmu setelah dijemput oleh salah seorang sahabat saya. "Apa salahnya untuk aku pergi. Bukan selalu. Lagipun malam ni aku free."bisik hati ini. Dengan menaiki kenderaan sahabat ini, kami berdua menuju ke Gombak. Alhamdulillah, kami sempat sampai pada waktunya dan setelah kami selesai berjemaah solat Maghrib, kami teruskan dengan mendengar kuliah. 

Aura Ustaz Azhar Idrus
Dalam perjalanan kami menuju masjid, ketika kami hampir sampai di kawasan masjid, jalan sesak kerana banyak kereta menghala ke destinasi yang sama seperti kami. Kata seorang sahabat," Hebat aura Ustaz Azhar. Ramai yang nak datang nie." Saya dan lain-lain tersenyum sahaja. Benarlah, ramai yang hadir pada sesi kuliah itu. Seingat saya, belum pernah saya berkesempatan berada di dalam satu majlis yang ramai dihadiri sehingga memenuhi segenap ruang masjid. Jadi, kami terpaksa berada di tingkat atas masjid dan hanya melihat dari layar skrin sahaja.

























Ustaz Azhar Idrus
Saya sudah lama mengenali insan yang semakin popular dalam kalangan remaja ketika ini. Mengenali disini bukanlah bermaksud saya mengenalinya secara berhadapan, tetapi mengenali disini bermaksud mendengar siri-siri kuliah beliau. Ketika itu beliau belum lagi dikenali ramai. Tetapi hanya dikenali di East Coast Region(kawasan pantai timur). Seingat saya, saya mula mengikuti siri kuliah beliau pada 2007, dan ketika itu saya berumur 16 tahun dan menuntut di Tingkatan 4. Sebagai seorang remaja belasan tahun, yang ketika itu saya mula berjinak dalam kuliah-kuliah ilmu, dan saya amat pasti kebanyakan remaja inginkan satu kuliah agama yang 'tidak mengantuk'. Biasanya Ustaz-ustaz yang kelakar menarik perhatian mereka. Saya fikir itulah kelebihan Ustaz Azhar dan beliau cukup sinonim dengan kuliahnya yang mampu menarik perhatian orang ramai dengan 'lawaknya' namun pengisian kuliah bukanlah kosong, padat dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Tidak hairanlah jika ramai anak muda mengenali insan ini. Ketika saya dalam perjalanan pulang setelah usai kuliah, dari Gombak menuju kembali ke Kuala Lumpur, seorang sahabat kami menceritakan betapa sudah lama dia ingin bersalaman dengan Ustaz dan alhamdulillah, malam itu doanya dimakbulkan. Peristiwa itu membuatkan saya berfikir. Kalaulah orang-orang muda menjadikan orang yang seharusnya dicontohi akhlak dan perbuatannya bukankah lebih baik. Dan tiadalah sebaik-baik ikutan melainkan Rasulullah SAW. Satu ketika pernah saya terfikir, jika kita mengagumi para ulama yang berada di hadapan mata kita ini kerana akhlaknya, ilmunya dan pekertinya yang begitu elok, saya terbayangkan jika Rasulullah berada di hadapan saya. Subhanallah, mungkin tiada kata-kata yang mampu terungkap di bibir ini apabila melihat baginda SAW. Jika orang yang mengikuti jejak-jejak baginda sudah mempamerkan satu pekerti yang baik di kalangan manusia, apatah lagi baginda SAW. Terfikir saya seketika, saya berhasrat ingin bersalaman dengan 2 orang tokoh yang amat saya kagumi. Inshallah jika diizinkan satu hari nanti.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

TG Nik Abdul Aziz dan Dr MAZA








Saya mula mengenali Dr Mohd Asri beberapa tahun terdekat ini. Beliau bagi saya adalah tokoh dalam gerakan tajdid. Saya cukup mengagumi 'keintelektualan' beliau dalam mensyarahkan beberapa bab yang belum pernah saya dengar. Keluasan fiqh amatlah beliau tekankan dalam syarahan beliau. Keluasan dalam mazhab memberikan saya beberapa fahaman tentang keluasan dalam Islam. Masih saya ingat kata-kata beliau, Islam itu luas dan janganlah disempitkan ia dengan kefanatikan dalam bermazhab. Katanya lagi, islam itu mudah namun jangalah pula ia dipermudah-mudahkan sehingga melanggari syara'. Kerana itu saya mula mengenali nama-nama tokoh besar dalam dunia islam seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sheikh Albani dan ramai lagi. Kandungan 'intelek' dalam syarahan beliau amat menarik perhatian saya. Tidak lupa, saya juga memahami bagaimana ingin memahami sesuatu hadith, dari segi perawinya, dari segi konteksnya dan hadith-hadith yang hasan, sahih, daif dan seumpamanya. Inshallah, mudah-mudahan satu hari nanti Allah memberi keizinan dan kesempatan untuk bertemu kedua-dua tokoh ini dalam majlis ilmu secara langsung. Inshallah.

Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.

Frasa ini begitu menarik perhatian saya. Benar, ilmu amat penting dalam kehidupan insan. Orang yang miskin tetapi kaya dengan ilmu akan dihormati oleh masyarakat. Disebabkan itu, Rasulullah SAW menitikberatkan ilmu kepada umatnya. Jika disingkapi sejarah sahabat-sahabat baginda Radiallahu anhum, ramai apabila menerima cahaya Islam dan menadah ilmu secara 'live' dari Baginda SAW, berubah dari kejahilan kepada cahaya islam dan keluasan ilmu, dan menjadi orang-orang yang begitu hebat dan telah mengubah sejarah peradaban manusia. Saya teringat kata-kata dari Dr Abdul Basit Abdul Rahman, mudir Pondok Sungai Durian yang berhampiran dengan kampung halaman saya. Kata beliau, jadilah orang yang senantiasa merasa tidak cukup dengan ilmu yang ada. Inshallah, jika diberikan kesempatan, ayuh sama-sama kita mencari gali ilmu untuk bekalan kita di akhirat kelak. Inshallah, moga-moga kesudahan yang baik untuk kita semua. 




p/s: Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan, inshallah doakan yang terbaik untuk kita semua. Thanks to Syed Abdul Hadi for the ride to Gombak.


Kamaruddin Kairuu,

13/11/2011 (1.36 am)