Saturday 26 February 2011

Happy Birthday to you...

As salamu alaikum(peace be unto you)...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah azawajalla..
kerana masih diberikan peluang dan ruang bagi diri ini...
untuk terus berdiri dan terus mengingati diri sendiri mahupun teman2 diluar sana..
supaya terus berpaut pada tali Allah ini...pada jalan "ihdinassiratalmustaqim"...
dan terus berjuang dalam dakwah ini, walaupun hanya sekadar tulisan..
niat ku atau niat "ana" bukanlah bermaksud untuk sekadar menulis idea2 kosong,
tetapi deep inside this heart, i hope akan ada mata2 yang tertutup,especially mata hatinya,
akan terbuka dan harapan ana supaya mata2 inilah yang akan membela ana dikala mata ana ditutup selama2nya kelak...Allahualam..pengetahuan ana terhad,namun ana harap apa yg ingin dikongsi,
memberi manfaat kepada semua...Inshallah..



walaupun terlambat, namun ak still yakin we r all still in the mood of celebrating Maulid Nabi SAW...
Muhammad SAW
walaupun 1400++ tahun berlalu, but we still feel that he is close to us...
insan agung ini lahir membawa rahmat kepada alam ini...
ini dapat dinyatakan di dalam ayat yang berbunyi(xingat surah mane)..
"wa ma arsalna ka illa rahmatallill a'lamin"...
yang bermaksud :"dan tidak kami turunkan kamu(wahai muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam..."
di dalam ayat2 lain juga dijelaskan bahawa Muhammad Bin Abdullah ini diutuskan sebgai pembawa berita gembira dan peringatan, ini dijelaskan oleh Allah di dalam ayat yang berbunyi:
"wa ma arsalna ka illa kaffatal linnas bashirun wa nazirun wa la kinna aksarannas si la ya'lamun"
yg bermaksud :"dan kami turunkan kamu(wahai muhammad) kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan peringatan, dan rata2 manusia itu tidak mengetahui..."

Subhanallah...jika disingkap kembali sirah nabawiyyah,
jelas tergambar betapa hebat dan agungnya insan yang bernama Muhammad bin Abdullah ini...
hidupnya simple, baginda hidup seperti kebanyakan kaum muslimin, seperti manusia biasa,
tetapi baginda adalah seorang insan yang luar biasa..
Allah adalah segala2nya...
Rasulullah selalu murah dengan senyuman,
rumahnya tidak pernah lengang daripada dikunjungi orang yang meminta makanan,
pada malamnya, baginda bangun qiam hingga bengkak kakinya, basah janggut2nya..tanda cintanya kepada sang pencipta ,Allah azawajalla...
Baginda sentiasa beristighfar memohon keampunan, walaupun dikala kita tahu dan baginda tahu bahwasanya segala dosa2nya yang terdahulu dan terkemudian diampunkan oleh Allah...yet baginda sentiasa istighfar...
malanglah bagi umat islam yang bongkak dan sombong, yg tidak tahu lagi hala tuju mereka di yaumul mahsyar, tetapi mereka bongkak dan enggan beristigfar...astagfirullahal azim...

perarakan:nak buat pun boleh, xbuat pun x yah nak bising2..
Sirah dah ruh perjuangan Rasulullah seharusnya dijadikan teladan yang sebenar2nya...
bukan hanya sekadar berarak, berceramah dan sebagainya pada 12 rabiul awal sahaja...
tetapi saya cukup hairan...
bukanlah apa..sekadar terfikir bahwa...
kenapa nak bising2 kalau x nak berarak sempena maulidur rasul..
kalau kamu nak buat maka buatlah...
kalau x nak buat pun xpe lah...
ianya bukan satu syariat yang perlu di dalam islam...
kecintaan kepada Rasul bukan hanya pada hari tertentu semata2..
selawat kepada Rasul bukan hanya pada 12 rabiul awal sahaja..
cintailah dan selawatlah keatas Rasul Allah SAW pada setiap hari,mengamalkan sunnah baginda,
itu lebih berarti dan tanda kasih dan cinta kita kepadanya...
bukan sekadar berarak pada 12 rabiul awal semata2...
so open ur eyes...
Makam Nabi SAW.Moga dapat ku jejak tanah
ini suatu hari nanti
islam is beautiful...
jangan nak memayahkan agama ini...

So marilah kita sama2 mengambil iktibar dari sejarah Rasulullah..
sirah perjuangan baginda perlu dihayati..
supaya kita ini menjadi penyambung warisan baginda, menyebarkan dakwah ini ke serata alam..
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad...
"Happy Birthday" ya habibi ya maulana ya Rasulillah...
we miss u...hope to see u smile when u see us in yaumul mahsyar(the day of judgment)...inshallah...

Peace,
KAMARUDDIN KAIRUU a.k.a M.K.I

masjidil nabawi...masjid Rasulullah di Madinah al-Munawwarah

No comments:

Post a Comment